Friday, 13 November 2015

Dato' Haji Ramly Bin Mokni

Dato' Haji Ramly Bin Mokni


Biografi ringkas usahawan. 
Ramly Burger adalah burger street Malaysia yang terkenal. Pengasas syarikat ini, tidak lain adalah Dato' Haji Ramly Bin Mokni itu sendiri. Menurut Dato' Ramly, semua ini bermula sebagai perniagaan secara kecilan di rumah sendiri. Pada tahun 1978, Malaysia terpaksa berdepan dengan isu berkaitan daging lembu yang diimport. Umat Islam di Malaysia pada ketika itu, mempunyai masalah dalam mengenal pasti sama ada daging yang diimport adalah halal atau haram.
 Ini secara tidak langsung telah memberi beliau peluang untuk melibatkan diri dalam industri pembuatan makanan beku. Beliau kemudiannya memutuskan untuk menghasilkan sendiri burger daging lembu. Pada mulanya, beliau memulakan dengan modal sebanyak RM2, 000 sahaja. Dan lokasi pertama adalah di flat yang terletak di Jalan Haji Hussein di Kampung Baru. Walau bagaimanapun perniagaan tersebut menemui kegagalan. Hal ini kerana permintaan yang kurang memberangsangkan yang diterima daripada pelanggan. Seperti yang kita ketahui, orang-orang Asia lebih suka makan nasi daripada burger.
            Tetapi kegagalan tersebut tidak menghalang beliau untuk terus. Beliau kemudiannya membuka sebuah gerai burger yang akhirnya menjadi terkenal. Gerai Burger Ramly nama yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Kini di mana-mana sahaja gerai ini mudah ditemui. Hari demi hari perniagaan beliau semakin mendapat permintaan. Seperti hari ini, perniagaannya telah berkembang sehingga ke negara jiran, Singapura.


Syarikat Ramly Burger telah ditubuhkan pada 13 Julai 1984. Ia lebih menumpukan kepada pemprosesan dan pembuatan produk makanan seperti daging, ayam dan juga produk makanan laut. Berkat kesungguhan beliau, akhirnya syarikatnya telah berjaya berkembang. Ramly Food Processing Sdn. Bhd, Ramly Mokni Marketing Sdn. Bhd, Ramly Supermart Sdn. Bhd dan Ramly Mokni Bakery Sdn. Bhd adalah contoh anak-anak syarikat miliknya. Sebagai tambahan, syarikatnya telah menerima tiga kali Anugerah dari Bank Pembangunan, "Anugerah Projek Terbaik" (1982), "Pembangunan Pelanggan Anugerah" (1984) dan "Anugerah Usahawan Jaya" (1992). Berdasarkan maklumat di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa Dato' Ramly telah menghadapi banyak cabaran sebelum mencapai kejayaan sebagai seorang usahawan berjaya Negara.



            Usahawan seperti Dato’ Ramly bersedia untuk mengambil risiko bagi mengusahakan  baru produk atau pun perkhidmatan. Dalam kata-kata yang mudah, kita boleh mengatakan bahawa seorang usahawan adalah perintis dalam membangunkan barangan baru. Usahawan yang berjaya mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Berani mengambil risiko
Seorang usahawan perlu berani untuk mengambil risiko dan peluang. Ini seterusnya akan membantu mereka menjadi lebih yakin. Apabila keyakinan diri seorang usahawan bertambah, maka ia dapat membantu usahawan untuk membuat sesuatu perancangan perniagaan dengan lebih baik. Ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan tahap risiko dan ketidaktentuan dalam perniagaan. Selain itu, sikap berani juga kebiasaanya membantu para usahawan untuk lebih peka dengan keperluan dan kehendak disekeliling. Datuk Ramly berani mengambil risiko untuk melaksanakan perniagaan daging burgernya walaupun beliau menyedari bahawa 90 peratus rakat malaysia memakan nasi dan nasi adalah makanan ruji bagi rakyat malaysia.
2. Kegagalan adalah satu pilihan
Selain itu, seorang usahawan yang berwawasan seharusnya memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mencapai kejayaan. Ini termasuklah memiliki keupayaan untuk kembali berdiri  selepas menghadapi cabaran dan dugaan yang sukar. Ia akan menjadikan usahawan tidak mudah menyerah dalam segala hal. Seperti Datuk Ramly, beliau telah gagal dalam perusahaannya namun dia tetap bertahan dan tidak berputus asa apabila masih lagi meneruskan perniagaan itu secara kecil-kecilan sehingga berjaya dan gerai burgernya di kenali.
3. Berwawasan
Semangat dan wawasan adalah apa yang diperlukan bagi seorang usahawan untuk memulakan sesuatu yang baru. Ia memberikan mereka peluang untuk meyakinkan orang lain agar percaya pada kemampuan mereka. Semangat yang di miliki oleh pengasas burger ini sangat kuat apabila beliau dari jatuh beliau bangkit sehingga berjaya dan terkenal. Burgernya merupakan burger pertama yang diasaskan oleh rakyat Malaysia sendiri dan tertubuh di Malaysia. Satu-satunya burger yang tidak dapat diragui halalnya. Belaiu seorang yang berwawasan.
4. Proaktif
Usahawan perlu lebih proaktif. Bekerja keras di peringkat awal untuk mencapai apa yang mereka mahu. Tidak lupa, perancangan halus perlu dapat disertakan bersama-sama dalam membuat strategi.beliau seorang usahawan yang juga proaktif dan bijak merebut peluang yang ada apabila beliau menyedari bahawa malaysia memiliki kapasiti penduduk yang ramai dan kebanyakkan nya adalah beragama islam yang mementingkan halal dan haram. Beliau telah mengambil langkah yang proaktif apabila beliau mecipta daging dan burgernya sebdiri yang di jamin halal untuk rakyat malaysia. 


5. Budaya terbuka

Budaya terbuka adalah kemampuan usahawan untuk membuat maklum balas pantas kepada keperluan pasaran yang sentiasa berubah. Sebagai contoh, seorang usahawan yang menjual kek. Dari kek coklat sehinggalah kek keju. Tetapi, ada beberapa orang pelanggan lebih suka biskut. Jadi daripada mengambil risiko kehilangan pelanggan, para usahawan perlu berani mengubah visi dan matlamat mereka untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ia bukan sahaja menjadikan perniagaan usahawan terus maju bahkan akan menjadikan pelangan terus setia dengan produk keluaran syarikat tersebut.seperti burger ramly yang kini bukan ahaja tertumpu kepada burger malah produknya telah di pelbagaikan dengan adanya pelbagai jenis nugget, sos, ubi kentang dan sebagainya. Ini menyebabkan pelangan burger ramly ini tidak tertumpu hanya kepada burger tetapi makanan ringan yang lain juga.

BERWAWASAN CIRI KEUSAHAWANAN


Seorang usahawan juga dikatakan seseorang yang mempunyai visi dan misi. Seseorang yang mempunyai visi dan misi atau tujuan dan tegas ini adlah seseorang yang mempunyai wawasan. Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Sebagai seorang usahawan yang Berjaya, Dato’ Loh Boon Siew dilihat sebagai seorang yang mempunyai wawasan yang tinggi unyuk syarikat yang beliau tubuhkan untuk membawa masuk motosikal HONDA ke Malaysia. 


Menurut sejarah, beliau adalah seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca dan menulis, namun daya ingatan beliau adalah sangat baik dan beliau sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan . Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang sentiasa berpandangan jauh.Ini adalah kunci kejayaan beliau dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya.
            Dato’ Loh Boon siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian sebuah wilayah yang di anggap miskin di China pada ketika dahulu.Kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan beliau tidak berpeluang ke sekolah.Sejak kecil beliau bekerja mengutip najis haiwan untuk dijadikan baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual bagi menambahkan pendapatan keluarga. Pada usia 12 tahun, ayahnya membawa beliau bekerja di Pulau pinang. Di Pulau Pinang, beliau bekerja di sebuah kedai mekanik bersama ayahnya. Mereka bekerja kuat untuk menghantar wang untuk keluarga di China dan mereka tidak mempunyai masa untuk bersuka ria. Untuk mendapatkan wang lebuh, beliau mengambil upah membasuh bas iaitu 10 sen setiap satu buah bas pada sebelah malam. Pada usia 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara untuk mendapat peluang sedemikian.
            Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, beliau kemudian membeli beberapa peralatan mekanik yang berharga RM10 untuk dibaikinya dan 8 buah bas berharga RM200 dijadikan bas penumpang.Bas ini mendatangkan hasil yang lumayan kepada beliau iaitu RM1.40 sen sehari.Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan pusingan modal.Dalam masa 7 tahun, beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar motosikal keluaran British.
            Pada tahun 1958, beliau telah melancong ke Jepun untuk makan angina.Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal HONDA yang belum pernah digunakan di Malaysia dan disitulah timbul idea untuk beliau membeli motosikal tersebut mungkin mendapat sambutan jika dijual di Malaysia. Beliau mencari siapa pengeluarnya, beliau telah membeli 12 buah motosikal.Motosikal tersebut dijual kepada rakan-rakannya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Hondanya diperlekehkan dan menyatakan cepat rosak dan tidak berguna, namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk memperkenalkan motosikal tersebut sehinggalah menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang disukai ramai. Beliau telah mmbina sebuah kilang motosikal yang pertama di Malaysia iaitu Boon Siew Assembly Plant milik Boon Siew Sdn. Bhd. Di kawasan perindustrian Mak Mandin, Pulau Pinang.



            Beliau juga adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu.Kini beliau merupakan usahawan yang berjaya dan menjadi tokoh korporat sekaligus menjadi seorang yang terkaya di Pulau Pinang antara 10 tokoh usahawan yang terkemuka di Malaysia. Walaupun beliau telah meninggal dunia pada tahun 1995 namun nama beliau tidak boleh standing tokoh korporat yang lain. Sehingga kini legasi Dato’ Loh boon Siew masih kuat bertapak di Malaysia selagi masih banyak motosikal jenama Honda berda di jalan raya.

KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN BAGI SESEORANG USAHAWAN

Kegagalan adalah satu pilihan
            Kegagalan adalah satu perkara yang sangat pahit untuk ditelan. Jika kita melihat kegagalan tersebut dari sudut positif, pasti kegagalan itu akan membawa sebuah kejayaan kepada kehidupan kita. Begitulah yang dilalui oleh Pengarah Urusan Butik Fareeda, Puan Faridah Zakaria.


Beliau menganggap kegagalan dalam perniagaannya membuatkan beliau terus bersemangat untuk mengubah corak perniagaan beliau.Keazamanan dan semangat yang kuat membuatkan beliau bangkit semula untuk mencapai kejayaan.Kesungguhan beliau untuk mengubah nasib keluarga menjadikan beliau sentiasa berusaha dan tidak pernah berputus asa, dan hasilnya lahirlah Butik Fareeda yang menjadi kegilaan wanita berhijab pada masa kini.

            Beliau dilahirkan di Singapura tetapi dibesarkan di Pulau Pinang, mula berjina-jinak dalam bidang kecantikan dan pernah membuka sebuah salun kecantikan di Plau Pinang. Perniagaan tersebut tidak mendapat sambutan dan hanya bertahan selama setahun lebih sahaja. Selepas kegagalan perniagaan salun kecantikannya, beliau tidak mempunyai apa-apa pekerjaan dan hal ini memberikan tekanan kepada beliau kerana kehidupanya benar-benar susah ketika itu. Memikirkan cara untuk menyara keluarga, beliau tidak boleh berdiam diri tanpa sebarang pekerjaan lagi. Beliau perlu melakukan sesuatu untuk mengubah nasib keluarga, dan beliau mula berniaga tudung dari Dubai secara kecil-kecilan.
            Beliau kemudiannya mendapat idea untuk menghasilkan tudung sendiri untuk dipakai berikutan tiada tudung yang diminatinya. Dari situlah bermula rekaan tudung Fareeda dimana rekaan dan potongan tudung adalah ilham beliau sendiri. Beliau telah membuktikan jika kita tidak berani mencuba sesuatu tidak mustahil kita berjaya.Apabila tudung buatannya sendiri dipakai, ramai rakan-rakan dan saudara terdekat meminati tudungnya dan ada rakan-rakan yang membeli tudung tersebut dengan beliau.Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membuka perniagaan menjual tudung rekaan bermula dirumah Pada awal permulaan jualan tudung beliau hanya menggunakan dua buah mesin jahit sahaja iaitu satu untuk jahitan tepid an satu lagi untuk jahitan biasa. Dengan keupayaan dua buah mesin itulah beliau bertungkus-lumus menyiapkan tempahan tudung yang tidak putu-putus daripada pelanggannya.
            Beliau menerima beratus-ratus tempahan yang perlu disiapkan dalam kadar segera. Masa yang beliau miliki juga terhad ekoran menjaga anak, mengurus rumah tangga, menjahit tudung dan juga melayan pelanggan dalam masa yang sama. Beliau hanya mampu tidur dua atau tiga jam sehari, ini tidak menghalang beliau terus menjadi usahawan tudung malah beliau dapat mendisiplinkan diri dan menghargai masa. Beliau berasa sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat memahami dan sentiasa memberi semangat dan dorongan kepadanya untuk terus maju kehadapan bersama Fareeda.Malah suaminya bantak member idea dalam penghasilan rekaan tudung Fareeda.


            Butik Fareeda mempunyai lebih daripada 100 pekerja dan 300 pengedar yang Berjaya menjual hampir  2000helai tudung setiap bulan terutamanya cawangan di Bangi, Selangor. Pelanggan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan tudung Fareeda kerana rekaannya terhad.Setiap keluaran tudung fareeda adalah terhad demi menjaga kualiti tudung yang dihasilkan berkualiti dengan penggunaan kain yang diimport dari luar negara. Dengan ini tudung Fareeda dapat memikat hati pelanggan dan dapat bersaing dengan syarikat lain di Malaysia.

            Tudung Fareeda telah berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia untuk kategori pakaian. Oleh itu, meniru atau menciplak produk dengan paten dan jenama tudung Fareeda adalah salah dan boleh diambil tindakan undang-undang ke atas pesalah. Sebelum ini pernah terjadi kepada tudung Fareeda dimana rekaannya  diciplak dan dijual dengan harga yang murah. Puan Faridah berazam untuk terus berusaha mengeluarkan rekaan tudung yang lebih menarik untuk wanita berhijab di luar sana.

MENGAMBIL RISIKO

Mengambil risiko
Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta, segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Usahawan ini adalah seseorang yang sanggup mengambil risiko, sebagai contoh mencuba sesuatu yang baru, yang mana belum pernah wujud dan seorang usahawan itu tidak tahu apa yang akan terjadi masa akan datang samaada barang atau alat yang dicipta itu akan berjaya membawa keutungan atau tidak pada nya. Berani dalam mengambil risiko adalah salah satu dari ciri keusahawanan.

Hajah faiza Bawumi Sayed Ahmad merupakan pengasas jenama Beras Faiza di bawah Syarikat Faiza Sendirian Berhad.Beliau menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hampir lebih 43 tahun sebelum menjadi usahawan Beras Faiza yang Berjaya dan terkenal di Malaysia Wanita kelahiran Mesir  ini telah berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya, Tuan Haji Abu Bakar Ahmad. Berhijrah ke Malaysia pada usia muda dan tidak fasih berbahasa melayu ketika beliau mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
            Beliau mempunyai diploma dalam bidang jahitan, mula mengambil upah menjahit sulaman.Tempahan jahitan yang selalu diterima adalah daripada jiran-jiran tertangga dan kenalan suaminya.Melalui upah jahitan yang bernilai RM4 itulah yang membawa Hajah Faiza menjadi seorang usahawan beras yang Berjaya. Sebelum beliau memulakan usaha untuk menjual beras beliau telah mencuba nasib menjual rempah yang dibuat sendiri dan di jual ke rumah jiran dan kedai runcit. Rempah tersebut diberi nama Bunga Raya diadun daripada pelbagai jenis rempah yang dibelinya. (http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/lagenda-rm4-faiza-bawumi.html) Disamping itu, beliau menjual rempah beliau masih mengambil upah menjahit.Perniagaan rempah Hajah Faiza kurang mendapat sambutan menyebabkan beliau membuka kedai dengan menggunakan modal daripada hasil jualan rempah itu.
            Dari situlah beliau mendapati pemborong beras kebanyakan datang daripada kaum lain. Disini menunjukkan bahawa Hajah Faiza mengambil risiko untuk mengusahakan perniagaan beras.Beliau mengambilpeluang yang ada, lantas memulakan perniagaan beras secara kecil-kecilan. Mempunyai kedai sendiri membuatkan beliau lebih mudah untuk mengenali pelbagai jenis beras.Hajah Faiza tidak segan silu untuk pergi dari kedai ke kedai untuk mendapatkan maklum balas samaada mereka mahu membeli beras sekiranya beliau menjual beras. Respon positif yang diterima menyebabkan beliau memohon lessen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk beras wangi, beras basmathi dan beras siam.
            Pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang proses untuk membungkus beras dimana sebuah lori yang berisi beras terpakasa diletakkan dihadapan rumahnya. Namun begitu, keazaman yang tinggi ada pada diri beliau menyebabkan beliau bertekad membungkus beras-beras tersebut menggunakan jenama Bunga Raya dan diedarkan di sekitar Johor Bharu.Dalam tempoh Sembilan tahu, perniagaan beras keluaran syarikat Hajah Faiza yang ditubuhkan pada tahun 1982 mendapat sambutan yang hebat daripada pengemar beras wangi. Perniagaan Beras Faiza telah melebarkan sayap di sekitar Johor Bharu, Melaka dan Kuala Lumpur. Penerimaan daripada pelanggan Syarikat Faiza secara rasminya menjadi Syarikat Korporat dengan nama Syarikat Faiza sdn. Bhd (SFSB) pada tahun 1992.
            Pada tahun 1998, beliau sekali lagi mengambil risiko dengan mempromosi beras ponni dari India yang dipercayai baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes, obesiti dan darah tinggi. Melihat gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan tercetus idea Hajah Faiza untuk mengeluarkan beras ponni ini. Bagi membuktikan kebaikan yang dimiliki beras tersebut, syarikatnya telah bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk membuat kajian dan hasilnya memang positif.Beliau telah melabur berjuta ringgit untuk produk beras Taj Mahal dan telah meminta hak eksklusif daripada Bernas. Kewujudan beras tersebut mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia dan menjadi gaya permakanan rakyat Malaysia.

Syarikat Faiza juga telah menerima pelbagai jenis pengiktirafan antaranya sijil ISO 9001:2000 oleh SIRIM pada Mac 2004, anugerah Superbrand Taj Mahal oleh Superbrand Malaysia pada November 2003 dan menerima pengiktirafan Sijil Halal oleh JAKIM pada tahun 2003. Malahan, syarikat ini juga telah dinobatkan sebagai Pembekal Beras Terbaik BERNAS pada tahun 2001.Beliau juga menyatakan menjadi usahawan yang berjaya bukan untuk wang ringgit semata-mata tetapi untuk membantu golongan yang miskin. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd. amat sinonim dengan program realiti Bersamamu terbitan TV3.
Sikap berani mengambil memotivasikan beliau memulakan perniagaan dengan menerima tempahan jahitan sehinngalah berjaya menjadi usahawan yang terkenal di Malaysia dengan Syarikat Faiza Sdn. Bhd. atau lebih  dikenali dengan Beras Faiza.

CIRI SETERUSNYA ADALAH KERJA BERPASUKAN

Perniagaan yang menekankan semangat kerja berpasukan dan kerjasama boleh memberi kelebihan keatas kekuatan individu pekerja mereka. Sekiranya perniagaan melakukan kerja berpasukan dalam menghasilkan sesuatu produk, produk yang dihasilkan akan lebih berkualiti daripada hasil kerja individu.
Kerja berpasukan  boleh dipupuk dengan cara keinginan untuk mencapai kesepakatan dan melibatkan orang lain  dalam membuat keputusan, berkomunikasi secara terbuka dan jujur antara rakan sekerja, prihatin tentang ahli pasukan rakan-rakan, bertanggungjawab terhadap masalah dan cuba memahami pandangan orang lain.
Selain itu, setiap ahli pasukan perlu memberi kekuatan dan kelebihan apabila ingin melakukan sesuatu projek supaya projek yang dihasilkan lebih cekap dan cekap serta berkualiti. Keberkesanan kerja berpasukan boleh dikecapi dengan peranan yang dimainkan oleh setiap ahli dan mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara ahli pasukan.

Contohnya, Erik Johson seorang pengasas permainan ‘online’ iaitu Dota 2 (Defense of the Ancient’. 

Beliau telah bekerjasama dengan IceFrog iaitu pencipta asal Dota, Gabe Newell, pengarah pengurusan Valve Corpotation, Robin Walker, perekaTeam Fortress dan Adrion Finol, programmer. Pada asalnya, Dota hanya merupakan permainan ‘online’ dalam grafik 2D. Erik Johson telah berbincang bersama IceFrog  melalui e-mel untuk memperbaharui permainan tersebut dalam bentuk grafik 3D. Selepas mendapat persetujuan untuk bekerjasama, ahli-ahli pasukan yang lain turut membantu mereka dalam melaksanakan projek tersebut serta mendapat sokongan daripada syarikat Valve Corporation. Projek dilancarkan pada13 Oktober 2010.

CIRI KE5 KEUSAHAWANAN ADALAH PEMERHATI

Pemerhatian (observant)
Menjadi seseorang yang peka dengan keadaan sekeliling adalah salah satu cara untuk mengeluarkan segala kreativiti dalaman yang ada dalam diri. Setiap kali seseorang itu menanyakan soalan, inspirasi akan mula datang dengan sendirinya. Seorang usahawan tidak semestinya menjadi seorang pakar dalam industry tertentu untuk mencari jalan penyelesaian yang timbul.
Kadangkala seorang usahawan hanya perlu mengkaji sejarah dan memerhatikan perubahan trend masa kini adalah kunci untuk memastikan penyelesaian anda adalah yang terbaik. Malahan, seorang usahawan akan sentiasa memperbaharui projek yang sedia ada untuk menjadikan seseuatu projek itu akan bertambah lebih baik pada masa akan datang. Selain itu, usahawan akan mengkaji keperluan dan kehendak pasaran pada masa kini .

Contohnya, seorang usahawan dari Lucknow,India iaitu Manoj Bhargava adalah pengasas dan CEO bagi produk ‘5 Hour Energy’.


 Beliau telah mencipta sejenis minuman tenaga yang mempunyai khasiat dan kebaikan seperti 8 gelas air mineral sehari. 



Tambahan pula, minuman tersebut berlainan daripada minuman bertenaga yang lain dimana minuman tersebut mampu memberi tenaga sehingga 5 jam selepas pengambilan air minuman tersebut. Hasil pendapatan beliau telah mencecah hampir $4 billion.

CIRI KE EMPAT BUDAYA TERBUKA

Budaya terbuka (open culture)
Budaya adalah topik yang hangat diperkatakan di kalangan syarikat-syarikat korporat dan keusahawanan sama. Ia adalah sesuatu yang semua orang perjuangkan, sesuatu yang membawa kepada kesetiaan, sesuatu yang menarik dan mengekalkan pekerja benar-benar hebat dalam sesebuah syarikat. Bagi sesetengah syarikat, sebuah pekerjaan bukanlah sekadar tugas semata-mata, tetapi ia merupakan sebuah cara hidup. Pekerja adalah lebih kepada sebuah pasukan dan malah dalam sesetengah keadaan, mereka merupakan sebuah keluarga yang besar dalam sesebuah syarikat.
Salah satu cara untuk merealisasikan budaya kerja yang terbuka dalam sesebuah syarikat adalah dengan menghormati pekerja-pekerja yang lain. Sifat ini memang perlu ada dalam setiap pekerja supaya dapat melahirkan budaya kerja yang dinamik dan mampan. Selain itu, sesebuah organisasi boleh mencapai budaya kerja yang terbuka dengan mengamalkan sikap komunikasi yang terbuka antara pengurus dan pekerja.

Contohnya, pencipta laman ‘Google’ iaitu Larry Page dan Sergery Brin. 


Mereka menerapkan sikap budaya terbuka ini dalam syarikat mereka. Mereka mengamalkan budaya terbuka ini dimana semua orang adalah penyumbang amali dan berasa selesa berkongsi idea dan pendapat. Pekerja-pekerja Google boleh bertanya terus kepada Larry, Sergey dan eksekutif lain tentang apa-apa permasalahan dalam syarikat dalam mesyuarat, e-mel mahupun di kafe. Pejabat dan kafe direka khas untuk menggalakkan interaksi antara pekerja Google, dan untuk mencetuskan perbualan mengenai kerja dan bermain.

BERORIENTASIKAN HASIL CIRI KE 3 DALAM KEUSAHAWANAN


Berorientasikan hasil di sini bermaksud seseorang usahawan yang terlibat dengan keusahawanan ini membuat sesuatu berorientasikan hasil yang mana bermaksud targetnya adalah sesuatu yang mampu atau membuahkan hasil. Hasil nya pula adlah hasil untuk satu jangka masa panjang berbeza dengan usahawan yang hanya berorientasikan hasil yang hanya untuk sementara. Ianya adalah satu proses yang seseorang usahawan lalui iaitu proses mengenal pasti peluang yang akan memberikan hasil untuk jangka masa yang panjang.
Tokoh usahawanan yang mempunyai ciri berorientasikan hasil ialah tokoh yang bernama Dato Mokhzani Mahathir. 




Beliau merupakan anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berumur 47 tahun dan beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Berhad (Kencana). Beliau juga merupakan tokoh korporat yang disukai masyarakat malahan disegani oleh pihak dari peringkat antarabangsa.




Kencana petroleum yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia telah meningkatkan pendapatan Negara malahan menjadi tarikan di semua negara. Kencana petroleum yang diurus oleh beliau lebih daripada 25 tahun lalu dan telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengharungi pelbagai rintangan dan halangan dalam industri petroleum domestik di negara ini.
Kencana petroleum ini mengaut keuntungan selepas cukai dan keuntungan yang sangat tinggi sehingga mencecah sehingga RM57.16 juta. Kejayaan ini telah menarik pelabur asing dan akan memberi kepercayaan terhadap Kencana Petroleum ini. Hal ini demikian kerana Dato Mohzani Mahathir telah memberi kepercayaan yang tinggi serta mengurus dengan baik perniagaan Kencana Petroleum ini sehingga mendapat keuntungan kepada dirinya dan juga kepada mana-mana syarikat yang terlibat .Oleh hal demikian kerana keuntungan yang dimiliki ini telah mendapat kepercayaan oleh pemegang saham serta beliau telah menyakinkan para pemegang saham dari luar negara mengenai prestasi Kencana Petroleum yang semakin meningkat ini. Beliau merupakan seorang jurutera petroleum yang bertauliah dan beliau telah berkhidmat dengan Sarawak Shell Berhad dan beliau bertugas di pelantar laut Miri dan Bintulu dan di situ beliau dapat menimba serta mencurah ilmu yang beliau ada malahan beliau banyak berkongsi kemahiran yang beliau ada kepada orang lain di sekelilingnya tanpa mengira agama, bangsa dan sebagainya. Beliau telah mengalami krisis ekonomi dalam memajukan Kencana Petroleum tetapi beliau dengan jiwa yang tabah telah berjumpa dengan seorang usahawan yang bernama Chong Hin Loon dan mereka berpendapat untuk mencari rakan kongsi dalam kalangan bumiputera bagi mengurangkan krisis ini dan dapat bersama-sama menaikkan syarikat Kencana Petroleum ini bagi mendapat keuntungan yang lumayan. Beliau juga banyak melabur dengan syarikat-syarikat yang beliau fikir akan berkembang maju. Oleh sebab itu, beliau telah mendapat keuntungan yang sangat banyak. Beliau juga merupakan salah seorang yang tersenarai dalam orang terkaya.

Akhir sekali, pertemuan antara mereka ini telah membawa hasil kerana Dato Mokhzani Mahathir agak mahir dalam bidang kejuruteraan petroleum. Semenjak Dato Mokhzani Mahathir mengiatkan dalam syarikat Kencana Petroleum dan telah berkembang maju serta telah melahirkan ramai pekerja yang mahir dalam kejuruteraan petroleum ini. Hal ini dikatakan sedemikian kerana beliau mempunyai aura dan aspirasi untuk dijadikan contoh tokoh usahawanan yang berjaya di negara Malaysia. Malahan ramai anak-anak muda yang melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang kejuruteraan ini untuk mengikuti beliau dalam bidang ini.

RANGKAIAN

Rangkaian
Ciri usahawan yang penting dan serta perlu ada dalam diri seseorang yang bergelar usahawanan berjaya ialah mempunyai rangkaian yang meluas. Hal ini dikatakan sedemikian kerana rangkaian yang meluas ini perlu ada bagi memajukan lagi sesebuah perniagaan sehingga ke luar negara untuk mendapat untung yang tinggi. Rangkaian juga memainkan peranan untuk berjaya dalam bidang keusahawanan kerana tanpa rangkaian yang meluas sesebuah syarikat itu tidak Berjaya dan tidak di kenali. Usahawan yang dibincangkan ini seperti usahawan muda yang berjaya iaitu yang bernama Fizo Omar.



Beliau merupakan usahawan muda yang telah membuka gerai burger yang dikenali sebagai “Hot Burger”. Hal ini demikian kerana jiwanya yang masih muda berpendapat bahawa burger ini dapat menarik minat anak-anak muda untuk membeli burger ini. Pada mulanya, Fizo Omar hanya membuka beberapa buah gerai sahaja di kaki lima jalan tetapi telah mendapat sambutan yang banyak oleh pelbagai pihak.
Oleh hal demikian, beliau telah membuka lebih 100 buah gerai “Hot Burger” di tiga buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Kelantan dan Selangor. Beliau memberitahu pihak media bahawa beliau akan membuat sasaran untuk mewujudkan 350 gerai “Hot Burger” di Semenanjung Malaysia apabila menjelang tahun 2017. Beliau menjelaskan bahawa setakat ini beliau memiliki gerai di negeri Kuala Lumpur dan Kelantan dan telah mendapat sambutan di luar jangkaan malahan beliau berhasrat ingin membuka gerai di Sabah dan Sarawak bagi memenuhi permintaan oleh pihak luar dari Semenanjung Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak .
Fizo Omar menjelaskan, Hot Burger terus melebarkan sayap dengan pembukaan perniagaan francais “Hot Burger Cafe” yang pertama di Pasir Puteh, Kelantan yang berkonsepkan ‘take away’, kafeteria ini bakal berada di seluruh negara dalam masa yang terdekat yang menarik mengenai cafe ini ialah bungkusannya lebih eksklusif dan pelanggan boleh menikmati pelbagai menu istimewa seperti Super Burger dan Burger Stim.



“Hot Burger Mobil” akan bergerak ke mana sahaja lokasi orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan burger ini. Kaedah ini akan lebih menarik lebih ramai pelangan serta dapat meluaskan lagi rangkaian perniagaannya di seluruh Malaysia. Beliau memberitahu “Hot Burger CafĂ©” akan berada di semua kompleks membeli belah terkemuka di Malaysia. Tetapi beliau perlu menambah kos memulakan perniagaan kafetaria itu dengan perbelanjaan sehingga RM200.000. Gerai “Hot Burger” yang Fizo Omar ini memperkenalkan pelbagai jenis burger seperti burger ikan, unta, arnab, rusa, burung unta, daging dan ayam. Hal ini akan memberi pelbagai pilihan kepada pelanggan untuk mendapat burger kegemaran mereka tersebut. Burger ini hanya dijual dengan harga yang sangat murah dan menjamin kesedapannya malahan akan menarik pelanggan untuk datang membeli lagi .Akhir sekali, Fizo Omar percaya bahawa walaupun hanya sebuah gerai kecil yang menjual burger di tepi-tepi jalan tetapi mampu mengembangkan perniagaan ini sehingga di peringkat tinggi malahan gerai kecil seperti ini telah mendapat keuntungan yang sangat tinggi. Oleh hal demikian, keuntungan seperti ini dapat membuka lebih banyak cawangan-cawangan di sekitar Kuala Lumpur serta di negeri-negeri lain. Usahawan muda seperti beliau harus kita contohi dan diambil sebagai model usahawan muda yang berjaya negara Malaysia.

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN YANG PATUT ADA DAN DIGUNAKAN OLEH USAHAWAN

 PROAKTIF
Proaktif bermaksud satu sikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang di lakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Seorang usahawan perlulah untuk bersikap dengan sikap proaktif, ini kerana, sikap proaktif ini berfungsi sebagai satu langkah yang lebih daripada usahawan lain, ini akan membezakan seseorang usahawan yang Berjaya dengan seorang usahawan yang gagal atau usahawan lain. Jika seseorang usahwan itu memiliki sikap proaktif maka itulah yang membezakan usahawan itu dengan usahawan lain. Proaktif  umumnya bermaksud mengambil tindakan sebelum sesuatu itu berlaku. Seorang usahawan akan ambik sesuatu tindakan sebelum masa bertindak tiba. Ianya akan lebih memudahkan usahawan dan tindakan beliau itu akan menyebabkan kerja beliau berkualiti dan pantas. Ia jugak adlah salah satu tindakan awal bagi mencegah sesuatu yang buruk berlaku.
Tokoh keusahawanan yang proaktif boleh dikaitkan dengan tokoh yang bernama Tony Fernandes. Beliau adlah pengasas kepada syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.



 Syarikat Air Asia telah mengalami masalah bila mana syarikat tersebut terpaksa menangung hutang sebanyak RM 40 juta. Tony telah mengambil langkah proaktif bagi memulihkan syarikatnya yang sedang dalam bahaya dengan melaksanakan satu proses pemulihan bagi memulihkan kewangan syarikat Air Aisia miliknya dan beliau Berjaya mencapai keuntungan yang pertama selepas 7 bulan syarikat tersebut beroperasi.
Langkah proaktif yang di ambil oleh tony telah menjadikan beliau seorang usahawan yang Berjaya memuwujudkan satu syarikat penerbangan tambang rendah atau berkos rendah yang paling Berjaya. Akibat tindakan beliau itu, beliau telah menjadikan syarikat tersebut sebagai satu-satunya syarikat yang penerbangan antarabangsa yang menawarkan penerbangan tambang rendah.
Hal ini demikian kerana beliau berfikiran bahawa masalah ini boleh diatasi jika usaha diri sendiri dan selalu bergerak aktif untuk mencari jalan penyelesaian samada meminta bantuan orang luar atau dengan kemampuan diri sendiri.
Beliau berfikiran dengan tambang rendah ini akan mampu menarik ramai pelanggan untuk memilih AirAsia sebagai pengangkutan untuk bergerak samada urusan kerja atau peribadi. Usaha beliau ini akan lebih menaikkan syarikat ini hingga tahap antarabangsa sehingga boleh dikenali serata dunia.
Beliau mendapat idea bagi menubuhkan syarikat penerbangan berkos tambang rendah ini ketika beliau sedang duduk di dalam bar dan terdengar seseorng sedang bercetita tentang Easyjet. Easyjet ini adalah syarikat penerbangan yang membenarkan penupang terbang dari London ke Barcelona dengan bajet yang rendah tetapi syarikat tetap mendapat keuntungan seperti biasa. Tanpa menggunakan wang yang banyak, tanpa modal yang besar dan pengalaman yang cukuo beliau melaksanakan konsep Easy jet sekembalinya ke tanah air.
Beliau berpendapat bahawa membuka syarikat penerbangan tambang murah ini merupakan satu perancangan pemasaran yang baik kerana untuk menjadi usahawan yang proaktif perlulah bijak mengatur strategi dan mengembangkan idea.
Walaupun beliau mendapat idea yang bernas ini, beliau telah berjumpa dengan rakan seperjuangan beliau untuk meminta pendapat serta berbincang mengenai usaha ini bagi memberi pandangan. Akhirnya, syarikat penerbangan AirAsia telah ditubuhkan oleh beliau dengan persetujuaan oleh rakan-rakan beliau.
Tan Sri Tony Fernandes telah memberi peluang kepada semua pelanggannya bahawa mereka akan menikmati tiket penerbangan yang paling murah selagi syarikatnya masih beroperasi. Beliau telah menawarkan harga tiket yang lebih rendah berbanding penerbangan lain. Hal ini demikian kerana beliau telah mengkaji mengenai perkara ini iaitu sekiranya beliau menawarkan harga tiket dengan harga murah ini akan lebih menarik ramai pelanggan dan seterusnya ini akan memberi banyak keuntungan kepada syarikat AirAsia. Di samping itu juga, beliau ingin semua lapisan masyarakat berkemampuan untuk membeli tiket penerbangan ini dengan harga yang murah untuk kita pergi di sesebuah tempat dengan dapat menjimatkan masa. Beliau juga seorang yang mampu berkomunikasi dengan pihak luar negara bagi menyakinkan pihak tersebut mengenai penerbangan ini. Beliau mampu mempengaruhi orang lain dengan layanan beliau serta tutur bicara yang bijak pandai dalam perniagaan. Oleh sebab itu, beliau digelar tokoh yang proaktif kerana mampu mengembangkan perniagaan penerbangan AirAsia tersebut.
Selain itu juga, beliau giat mencari kakitangan baru yang mempunyai cita-cita yang tinggi dan merendah diri kerana beliau berfikiran bahawa kakitangan seperti ini mampu berganding bahu bersama beliau untuk memajukan perniagaan ini. Beliau berkemampuan untuk membina rangkaian sosial yang luas, dan ini adalah faktor yang penting bagi beliau untuk menjadi salah seorang usahawan Malaysia yang paling berjaya.

Kesimpulannya, beliau bukan sahaja mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang tempatan malah beliau juga berhubungan baik dengan usahawan asing yang berprofil tinggi dan menteri-menteri. Beliau juga berkawan dengan penduduk tempatan tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, kedudukan, dan kekayaan. Hal ini demikian kerana beliau percaya bahawa semua kawannya membantu beliau untuk mengembangkan skala perniagaannya untuk menjadi lebih maju dan dikenali di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, kakitangan beliau mempunyai komitmen yang tinggi.