Perniagaan yang menekankan semangat kerja berpasukan
dan kerjasama boleh memberi kelebihan keatas kekuatan individu pekerja mereka.
Sekiranya perniagaan melakukan kerja berpasukan dalam menghasilkan sesuatu
produk, produk yang dihasilkan akan lebih berkualiti daripada hasil kerja
individu.
Kerja berpasukan
boleh dipupuk dengan cara keinginan untuk mencapai kesepakatan dan
melibatkan orang lain dalam membuat
keputusan, berkomunikasi secara terbuka dan jujur antara rakan sekerja,
prihatin tentang ahli pasukan rakan-rakan, bertanggungjawab terhadap masalah
dan cuba memahami pandangan orang lain.
Selain itu, setiap ahli pasukan perlu memberi kekuatan
dan kelebihan apabila ingin melakukan sesuatu projek supaya projek yang
dihasilkan lebih cekap dan cekap serta berkualiti. Keberkesanan kerja
berpasukan boleh dikecapi dengan peranan yang dimainkan oleh setiap ahli dan
mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara ahli pasukan.
Contohnya, Erik Johson seorang pengasas permainan
‘online’ iaitu Dota 2 (Defense of the Ancient’.
Beliau telah bekerjasama dengan
IceFrog iaitu pencipta asal Dota, Gabe Newell, pengarah pengurusan Valve
Corpotation, Robin Walker, perekaTeam Fortress dan Adrion Finol, programmer.
Pada asalnya, Dota hanya merupakan permainan ‘online’ dalam grafik 2D. Erik
Johson telah berbincang bersama IceFrog
melalui e-mel untuk memperbaharui permainan tersebut dalam bentuk grafik
3D. Selepas mendapat persetujuan untuk bekerjasama, ahli-ahli pasukan yang lain
turut membantu mereka dalam melaksanakan projek tersebut serta mendapat
sokongan daripada syarikat Valve Corporation. Projek dilancarkan pada13 Oktober
2010.
No comments:
Post a Comment