Dato' Haji Ramly Bin Mokni
Biografi ringkas usahawan.
Ramly Burger adalah burger street Malaysia yang terkenal. Pengasas syarikat ini, tidak lain
adalah Dato' Haji Ramly Bin Mokni itu sendiri. Menurut Dato' Ramly, semua ini
bermula sebagai perniagaan secara kecilan di rumah sendiri. Pada tahun 1978,
Malaysia terpaksa berdepan dengan isu berkaitan daging lembu yang diimport.
Umat Islam di Malaysia pada ketika itu, mempunyai masalah dalam mengenal pasti
sama ada daging yang diimport adalah halal atau haram.
Ini
secara tidak langsung telah memberi beliau peluang untuk melibatkan diri dalam
industri pembuatan makanan beku. Beliau kemudiannya memutuskan untuk
menghasilkan sendiri burger daging lembu. Pada mulanya, beliau memulakan dengan
modal sebanyak RM2, 000 sahaja. Dan lokasi pertama adalah di flat yang terletak
di Jalan Haji Hussein di Kampung Baru. Walau bagaimanapun perniagaan tersebut
menemui kegagalan. Hal ini kerana permintaan yang kurang memberangsangkan yang
diterima daripada pelanggan. Seperti yang kita ketahui, orang-orang Asia lebih
suka makan nasi daripada burger.
Tetapi kegagalan tersebut tidak menghalang beliau untuk
terus. Beliau kemudiannya membuka sebuah gerai burger yang akhirnya menjadi
terkenal. Gerai Burger Ramly nama yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Kini
di mana-mana sahaja gerai ini mudah ditemui. Hari demi hari perniagaan beliau
semakin mendapat permintaan. Seperti hari ini, perniagaannya telah berkembang
sehingga ke negara jiran, Singapura.
Syarikat Ramly Burger telah ditubuhkan pada 13 Julai
1984. Ia lebih menumpukan kepada pemprosesan dan pembuatan produk makanan
seperti daging, ayam dan juga produk makanan laut. Berkat kesungguhan beliau,
akhirnya syarikatnya telah berjaya berkembang. Ramly Food Processing Sdn. Bhd,
Ramly Mokni Marketing Sdn. Bhd, Ramly Supermart Sdn. Bhd dan Ramly Mokni Bakery
Sdn. Bhd adalah contoh anak-anak syarikat miliknya. Sebagai tambahan,
syarikatnya telah menerima tiga kali Anugerah dari Bank Pembangunan,
"Anugerah Projek Terbaik" (1982), "Pembangunan Pelanggan
Anugerah" (1984) dan "Anugerah Usahawan Jaya" (1992).
Berdasarkan maklumat di atas, kita boleh menyimpulkan
bahawa Dato' Ramly telah menghadapi banyak cabaran sebelum mencapai kejayaan
sebagai seorang usahawan berjaya Negara.
Usahawan seperti Dato’ Ramly bersedia untuk mengambil
risiko bagi mengusahakan baru produk
atau pun perkhidmatan. Dalam kata-kata yang mudah, kita boleh mengatakan bahawa
seorang usahawan adalah perintis dalam membangunkan barangan baru. Usahawan
yang berjaya mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Berani
mengambil risiko
Seorang usahawan perlu berani untuk mengambil risiko dan
peluang. Ini seterusnya akan membantu mereka menjadi lebih yakin. Apabila
keyakinan diri seorang usahawan bertambah, maka ia dapat membantu usahawan
untuk membuat sesuatu perancangan perniagaan dengan lebih baik. Ini secara
tidak langsung dapat membantu mengurangkan tahap risiko dan ketidaktentuan
dalam perniagaan. Selain itu, sikap berani juga kebiasaanya membantu para
usahawan untuk lebih peka dengan keperluan dan kehendak disekeliling. Datuk
Ramly berani mengambil risiko untuk melaksanakan perniagaan daging burgernya
walaupun beliau menyedari bahawa 90 peratus rakat malaysia memakan nasi dan
nasi adalah makanan ruji bagi rakyat malaysia.
2. Kegagalan
adalah satu pilihan
Selain itu, seorang usahawan yang berwawasan seharusnya
memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mencapai kejayaan. Ini termasuklah
memiliki keupayaan untuk kembali berdiri
selepas menghadapi cabaran dan dugaan yang sukar. Ia akan menjadikan
usahawan tidak mudah menyerah dalam segala hal. Seperti Datuk Ramly, beliau
telah gagal dalam perusahaannya namun dia tetap bertahan dan tidak berputus asa
apabila masih lagi meneruskan perniagaan itu secara kecil-kecilan sehingga
berjaya dan gerai burgernya di kenali.
3. Berwawasan
Semangat dan wawasan adalah apa yang diperlukan bagi seorang
usahawan untuk memulakan sesuatu yang baru. Ia memberikan mereka peluang untuk
meyakinkan orang lain agar percaya pada kemampuan mereka. Semangat yang di
miliki oleh pengasas burger ini sangat kuat apabila beliau dari jatuh beliau
bangkit sehingga berjaya dan terkenal. Burgernya merupakan burger pertama yang
diasaskan oleh rakyat Malaysia sendiri dan tertubuh di Malaysia. Satu-satunya
burger yang tidak dapat diragui halalnya. Belaiu seorang yang berwawasan.
4. Proaktif
Usahawan perlu lebih proaktif. Bekerja keras di peringkat
awal untuk mencapai apa yang mereka mahu. Tidak lupa, perancangan halus perlu
dapat disertakan bersama-sama dalam membuat strategi.beliau seorang usahawan
yang juga proaktif dan bijak merebut peluang yang ada apabila beliau menyedari
bahawa malaysia memiliki kapasiti penduduk yang ramai dan kebanyakkan nya
adalah beragama islam yang mementingkan halal dan haram. Beliau telah mengambil
langkah yang proaktif apabila beliau mecipta daging dan burgernya sebdiri yang
di jamin halal untuk rakyat malaysia.
5. Budaya
terbuka
Budaya terbuka adalah kemampuan usahawan untuk membuat
maklum balas pantas kepada keperluan pasaran yang sentiasa berubah. Sebagai
contoh, seorang usahawan yang menjual kek. Dari kek coklat sehinggalah kek
keju. Tetapi, ada beberapa orang pelanggan lebih suka biskut. Jadi daripada
mengambil risiko kehilangan pelanggan, para usahawan perlu berani mengubah visi
dan matlamat mereka untuk memenuhi keperluan pelanggan. Ia bukan sahaja
menjadikan perniagaan usahawan terus maju bahkan akan menjadikan pelangan terus
setia dengan produk keluaran syarikat tersebut.seperti burger ramly yang kini
bukan ahaja tertumpu kepada burger malah produknya telah di pelbagaikan dengan
adanya pelbagai jenis nugget, sos, ubi kentang dan sebagainya. Ini menyebabkan
pelangan burger ramly ini tidak tertumpu hanya kepada burger tetapi makanan
ringan yang lain juga.
No comments:
Post a Comment