Friday, 13 November 2015

CIRI KE5 KEUSAHAWANAN ADALAH PEMERHATI

Pemerhatian (observant)
Menjadi seseorang yang peka dengan keadaan sekeliling adalah salah satu cara untuk mengeluarkan segala kreativiti dalaman yang ada dalam diri. Setiap kali seseorang itu menanyakan soalan, inspirasi akan mula datang dengan sendirinya. Seorang usahawan tidak semestinya menjadi seorang pakar dalam industry tertentu untuk mencari jalan penyelesaian yang timbul.
Kadangkala seorang usahawan hanya perlu mengkaji sejarah dan memerhatikan perubahan trend masa kini adalah kunci untuk memastikan penyelesaian anda adalah yang terbaik. Malahan, seorang usahawan akan sentiasa memperbaharui projek yang sedia ada untuk menjadikan seseuatu projek itu akan bertambah lebih baik pada masa akan datang. Selain itu, usahawan akan mengkaji keperluan dan kehendak pasaran pada masa kini .

Contohnya, seorang usahawan dari Lucknow,India iaitu Manoj Bhargava adalah pengasas dan CEO bagi produk ‘5 Hour Energy’.


 Beliau telah mencipta sejenis minuman tenaga yang mempunyai khasiat dan kebaikan seperti 8 gelas air mineral sehari. 



Tambahan pula, minuman tersebut berlainan daripada minuman bertenaga yang lain dimana minuman tersebut mampu memberi tenaga sehingga 5 jam selepas pengambilan air minuman tersebut. Hasil pendapatan beliau telah mencecah hampir $4 billion.

No comments:

Post a Comment