Friday, 13 November 2015

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN YANG PATUT ADA DAN DIGUNAKAN OLEH USAHAWAN

 PROAKTIF
Proaktif bermaksud satu sikap positif dengan merangka dan mengawal tindakan yang di lakukan jauh lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian. Seorang usahawan perlulah untuk bersikap dengan sikap proaktif, ini kerana, sikap proaktif ini berfungsi sebagai satu langkah yang lebih daripada usahawan lain, ini akan membezakan seseorang usahawan yang Berjaya dengan seorang usahawan yang gagal atau usahawan lain. Jika seseorang usahwan itu memiliki sikap proaktif maka itulah yang membezakan usahawan itu dengan usahawan lain. Proaktif  umumnya bermaksud mengambil tindakan sebelum sesuatu itu berlaku. Seorang usahawan akan ambik sesuatu tindakan sebelum masa bertindak tiba. Ianya akan lebih memudahkan usahawan dan tindakan beliau itu akan menyebabkan kerja beliau berkualiti dan pantas. Ia jugak adlah salah satu tindakan awal bagi mencegah sesuatu yang buruk berlaku.
Tokoh keusahawanan yang proaktif boleh dikaitkan dengan tokoh yang bernama Tony Fernandes. Beliau adlah pengasas kepada syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.



 Syarikat Air Asia telah mengalami masalah bila mana syarikat tersebut terpaksa menangung hutang sebanyak RM 40 juta. Tony telah mengambil langkah proaktif bagi memulihkan syarikatnya yang sedang dalam bahaya dengan melaksanakan satu proses pemulihan bagi memulihkan kewangan syarikat Air Aisia miliknya dan beliau Berjaya mencapai keuntungan yang pertama selepas 7 bulan syarikat tersebut beroperasi.
Langkah proaktif yang di ambil oleh tony telah menjadikan beliau seorang usahawan yang Berjaya memuwujudkan satu syarikat penerbangan tambang rendah atau berkos rendah yang paling Berjaya. Akibat tindakan beliau itu, beliau telah menjadikan syarikat tersebut sebagai satu-satunya syarikat yang penerbangan antarabangsa yang menawarkan penerbangan tambang rendah.
Hal ini demikian kerana beliau berfikiran bahawa masalah ini boleh diatasi jika usaha diri sendiri dan selalu bergerak aktif untuk mencari jalan penyelesaian samada meminta bantuan orang luar atau dengan kemampuan diri sendiri.
Beliau berfikiran dengan tambang rendah ini akan mampu menarik ramai pelanggan untuk memilih AirAsia sebagai pengangkutan untuk bergerak samada urusan kerja atau peribadi. Usaha beliau ini akan lebih menaikkan syarikat ini hingga tahap antarabangsa sehingga boleh dikenali serata dunia.
Beliau mendapat idea bagi menubuhkan syarikat penerbangan berkos tambang rendah ini ketika beliau sedang duduk di dalam bar dan terdengar seseorng sedang bercetita tentang Easyjet. Easyjet ini adalah syarikat penerbangan yang membenarkan penupang terbang dari London ke Barcelona dengan bajet yang rendah tetapi syarikat tetap mendapat keuntungan seperti biasa. Tanpa menggunakan wang yang banyak, tanpa modal yang besar dan pengalaman yang cukuo beliau melaksanakan konsep Easy jet sekembalinya ke tanah air.
Beliau berpendapat bahawa membuka syarikat penerbangan tambang murah ini merupakan satu perancangan pemasaran yang baik kerana untuk menjadi usahawan yang proaktif perlulah bijak mengatur strategi dan mengembangkan idea.
Walaupun beliau mendapat idea yang bernas ini, beliau telah berjumpa dengan rakan seperjuangan beliau untuk meminta pendapat serta berbincang mengenai usaha ini bagi memberi pandangan. Akhirnya, syarikat penerbangan AirAsia telah ditubuhkan oleh beliau dengan persetujuaan oleh rakan-rakan beliau.
Tan Sri Tony Fernandes telah memberi peluang kepada semua pelanggannya bahawa mereka akan menikmati tiket penerbangan yang paling murah selagi syarikatnya masih beroperasi. Beliau telah menawarkan harga tiket yang lebih rendah berbanding penerbangan lain. Hal ini demikian kerana beliau telah mengkaji mengenai perkara ini iaitu sekiranya beliau menawarkan harga tiket dengan harga murah ini akan lebih menarik ramai pelanggan dan seterusnya ini akan memberi banyak keuntungan kepada syarikat AirAsia. Di samping itu juga, beliau ingin semua lapisan masyarakat berkemampuan untuk membeli tiket penerbangan ini dengan harga yang murah untuk kita pergi di sesebuah tempat dengan dapat menjimatkan masa. Beliau juga seorang yang mampu berkomunikasi dengan pihak luar negara bagi menyakinkan pihak tersebut mengenai penerbangan ini. Beliau mampu mempengaruhi orang lain dengan layanan beliau serta tutur bicara yang bijak pandai dalam perniagaan. Oleh sebab itu, beliau digelar tokoh yang proaktif kerana mampu mengembangkan perniagaan penerbangan AirAsia tersebut.
Selain itu juga, beliau giat mencari kakitangan baru yang mempunyai cita-cita yang tinggi dan merendah diri kerana beliau berfikiran bahawa kakitangan seperti ini mampu berganding bahu bersama beliau untuk memajukan perniagaan ini. Beliau berkemampuan untuk membina rangkaian sosial yang luas, dan ini adalah faktor yang penting bagi beliau untuk menjadi salah seorang usahawan Malaysia yang paling berjaya.

Kesimpulannya, beliau bukan sahaja mempunyai hubungan yang baik dengan orang-orang tempatan malah beliau juga berhubungan baik dengan usahawan asing yang berprofil tinggi dan menteri-menteri. Beliau juga berkawan dengan penduduk tempatan tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, kedudukan, dan kekayaan. Hal ini demikian kerana beliau percaya bahawa semua kawannya membantu beliau untuk mengembangkan skala perniagaannya untuk menjadi lebih maju dan dikenali di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, kakitangan beliau mempunyai komitmen yang tinggi.

No comments:

Post a Comment