Seorang
usahawan juga dikatakan seseorang yang mempunyai visi dan misi. Seseorang yang
mempunyai visi dan misi atau tujuan dan tegas ini adlah seseorang yang
mempunyai wawasan. Usahawan mempunyai
keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan.
Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang
akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan
mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan
yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Sebagai
seorang usahawan yang Berjaya, Dato’ Loh Boon Siew dilihat sebagai seorang yang
mempunyai wawasan yang tinggi unyuk syarikat yang beliau tubuhkan untuk membawa
masuk motosikal HONDA ke Malaysia.
Menurut sejarah, beliau adalah seorang yang
buta huruf dan tidak boleh membaca dan menulis, namun daya ingatan beliau
adalah sangat baik dan beliau sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat
sebarang pertimbangan dan keputusan . Selain itu, beliau juga merupakan seorang
yang sentiasa berpandangan jauh.Ini adalah kunci kejayaan beliau dalam menjadi
seorang usahawan yang berjaya.
Dato’ Loh Boon siew berasal dari
Kampung Hui, daerah Fukian sebuah wilayah yang di anggap miskin di China pada
ketika dahulu.Kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan beliau tidak
berpeluang ke sekolah.Sejak kecil beliau bekerja mengutip najis haiwan untuk
dijadikan baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual bagi menambahkan
pendapatan keluarga. Pada usia 12 tahun, ayahnya membawa beliau bekerja di
Pulau pinang. Di Pulau Pinang, beliau bekerja di sebuah kedai mekanik bersama
ayahnya. Mereka bekerja kuat untuk menghantar wang untuk keluarga di China dan
mereka tidak mempunyai masa untuk bersuka ria. Untuk mendapatkan wang lebuh,
beliau mengambil upah membasuh bas iaitu 10 sen setiap satu buah bas pada
sebelah malam. Pada usia 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan
sering memikirkan cara untuk mendapat peluang sedemikian.
Hasil daripada wang yang disimpan
sedikit demi sedikit, beliau kemudian membeli beberapa peralatan mekanik yang
berharga RM10 untuk dibaikinya dan 8 buah bas berharga RM200 dijadikan bas
penumpang.Bas ini mendatangkan hasil yang lumayan kepada beliau iaitu RM1.40
sen sehari.Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan
pusingan modal.Dalam masa 7 tahun, beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka
kedai bateri kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar motosikal keluaran
British.
Pada tahun 1958, beliau telah melancong ke Jepun untuk
makan angina.Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal HONDA yang belum pernah
digunakan di Malaysia dan disitulah timbul idea untuk beliau membeli motosikal
tersebut mungkin mendapat sambutan jika dijual di Malaysia. Beliau mencari
siapa pengeluarnya, beliau telah membeli 12 buah motosikal.Motosikal tersebut
dijual kepada rakan-rakannya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Hondanya
diperlekehkan dan menyatakan cepat rosak dan tidak berguna, namun ia tidak
mematahkan semangat beliau untuk memperkenalkan motosikal tersebut sehinggalah
menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang disukai ramai.
Beliau telah mmbina sebuah kilang motosikal yang pertama di Malaysia iaitu Boon
Siew Assembly Plant milik Boon Siew Sdn. Bhd. Di kawasan perindustrian Mak
Mandin, Pulau Pinang.
Beliau
juga adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan
ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu.Kini beliau merupakan
usahawan yang berjaya dan menjadi tokoh korporat sekaligus menjadi seorang yang
terkaya di Pulau Pinang antara 10 tokoh usahawan yang terkemuka di Malaysia.
Walaupun beliau telah meninggal dunia pada tahun 1995 namun nama beliau tidak
boleh standing tokoh korporat yang lain. Sehingga kini legasi Dato’ Loh boon
Siew masih kuat bertapak di Malaysia selagi masih banyak motosikal jenama Honda
berda di jalan raya.
PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete