Friday, 13 November 2015

RANGKAIAN

Rangkaian
Ciri usahawan yang penting dan serta perlu ada dalam diri seseorang yang bergelar usahawanan berjaya ialah mempunyai rangkaian yang meluas. Hal ini dikatakan sedemikian kerana rangkaian yang meluas ini perlu ada bagi memajukan lagi sesebuah perniagaan sehingga ke luar negara untuk mendapat untung yang tinggi. Rangkaian juga memainkan peranan untuk berjaya dalam bidang keusahawanan kerana tanpa rangkaian yang meluas sesebuah syarikat itu tidak Berjaya dan tidak di kenali. Usahawan yang dibincangkan ini seperti usahawan muda yang berjaya iaitu yang bernama Fizo Omar.



Beliau merupakan usahawan muda yang telah membuka gerai burger yang dikenali sebagai “Hot Burger”. Hal ini demikian kerana jiwanya yang masih muda berpendapat bahawa burger ini dapat menarik minat anak-anak muda untuk membeli burger ini. Pada mulanya, Fizo Omar hanya membuka beberapa buah gerai sahaja di kaki lima jalan tetapi telah mendapat sambutan yang banyak oleh pelbagai pihak.
Oleh hal demikian, beliau telah membuka lebih 100 buah gerai “Hot Burger” di tiga buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Kelantan dan Selangor. Beliau memberitahu pihak media bahawa beliau akan membuat sasaran untuk mewujudkan 350 gerai “Hot Burger” di Semenanjung Malaysia apabila menjelang tahun 2017. Beliau menjelaskan bahawa setakat ini beliau memiliki gerai di negeri Kuala Lumpur dan Kelantan dan telah mendapat sambutan di luar jangkaan malahan beliau berhasrat ingin membuka gerai di Sabah dan Sarawak bagi memenuhi permintaan oleh pihak luar dari Semenanjung Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak .
Fizo Omar menjelaskan, Hot Burger terus melebarkan sayap dengan pembukaan perniagaan francais “Hot Burger Cafe” yang pertama di Pasir Puteh, Kelantan yang berkonsepkan ‘take away’, kafeteria ini bakal berada di seluruh negara dalam masa yang terdekat yang menarik mengenai cafe ini ialah bungkusannya lebih eksklusif dan pelanggan boleh menikmati pelbagai menu istimewa seperti Super Burger dan Burger Stim.



“Hot Burger Mobil” akan bergerak ke mana sahaja lokasi orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan burger ini. Kaedah ini akan lebih menarik lebih ramai pelangan serta dapat meluaskan lagi rangkaian perniagaannya di seluruh Malaysia. Beliau memberitahu “Hot Burger CafĂ©” akan berada di semua kompleks membeli belah terkemuka di Malaysia. Tetapi beliau perlu menambah kos memulakan perniagaan kafetaria itu dengan perbelanjaan sehingga RM200.000. Gerai “Hot Burger” yang Fizo Omar ini memperkenalkan pelbagai jenis burger seperti burger ikan, unta, arnab, rusa, burung unta, daging dan ayam. Hal ini akan memberi pelbagai pilihan kepada pelanggan untuk mendapat burger kegemaran mereka tersebut. Burger ini hanya dijual dengan harga yang sangat murah dan menjamin kesedapannya malahan akan menarik pelanggan untuk datang membeli lagi .Akhir sekali, Fizo Omar percaya bahawa walaupun hanya sebuah gerai kecil yang menjual burger di tepi-tepi jalan tetapi mampu mengembangkan perniagaan ini sehingga di peringkat tinggi malahan gerai kecil seperti ini telah mendapat keuntungan yang sangat tinggi. Oleh hal demikian, keuntungan seperti ini dapat membuka lebih banyak cawangan-cawangan di sekitar Kuala Lumpur serta di negeri-negeri lain. Usahawan muda seperti beliau harus kita contohi dan diambil sebagai model usahawan muda yang berjaya negara Malaysia.

No comments:

Post a Comment