Kegagalan adalah satu pilihan
Kegagalan adalah satu perkara yang
sangat pahit untuk ditelan. Jika kita melihat kegagalan tersebut dari sudut
positif, pasti kegagalan itu akan membawa sebuah kejayaan kepada kehidupan
kita. Begitulah yang dilalui oleh Pengarah Urusan Butik Fareeda, Puan Faridah
Zakaria.
Beliau menganggap kegagalan dalam perniagaannya membuatkan beliau
terus bersemangat untuk mengubah corak perniagaan beliau.Keazamanan dan
semangat yang kuat membuatkan beliau bangkit semula untuk mencapai
kejayaan.Kesungguhan beliau untuk mengubah nasib keluarga menjadikan beliau
sentiasa berusaha dan tidak pernah berputus asa, dan hasilnya lahirlah Butik
Fareeda yang menjadi kegilaan wanita berhijab pada masa kini.
Beliau dilahirkan di Singapura
tetapi dibesarkan di Pulau Pinang, mula berjina-jinak dalam bidang kecantikan
dan pernah membuka sebuah salun kecantikan di Plau Pinang. Perniagaan tersebut
tidak mendapat sambutan dan hanya bertahan selama setahun lebih sahaja. Selepas
kegagalan perniagaan salun kecantikannya, beliau tidak mempunyai apa-apa
pekerjaan dan hal ini memberikan tekanan kepada beliau kerana kehidupanya
benar-benar susah ketika itu. Memikirkan cara untuk menyara keluarga, beliau
tidak boleh berdiam diri tanpa sebarang pekerjaan lagi. Beliau perlu melakukan
sesuatu untuk mengubah nasib keluarga, dan beliau mula berniaga tudung dari
Dubai secara kecil-kecilan.
Beliau kemudiannya mendapat idea
untuk menghasilkan tudung sendiri untuk dipakai berikutan tiada tudung yang diminatinya.
Dari situlah bermula rekaan tudung Fareeda dimana rekaan dan potongan tudung
adalah ilham beliau sendiri. Beliau telah membuktikan jika kita tidak berani
mencuba sesuatu tidak mustahil kita berjaya.Apabila tudung buatannya sendiri
dipakai, ramai rakan-rakan dan saudara terdekat meminati tudungnya dan ada
rakan-rakan yang membeli tudung tersebut dengan beliau.Akhirnya beliau
mengambil keputusan untuk membuka perniagaan menjual tudung rekaan bermula
dirumah Pada awal permulaan jualan tudung beliau hanya menggunakan dua buah
mesin jahit sahaja iaitu satu untuk jahitan tepid an satu lagi untuk jahitan
biasa. Dengan keupayaan dua buah mesin itulah beliau bertungkus-lumus
menyiapkan tempahan tudung yang tidak putu-putus daripada pelanggannya.
Beliau menerima beratus-ratus
tempahan yang perlu disiapkan dalam kadar segera. Masa yang beliau miliki juga
terhad ekoran menjaga anak, mengurus rumah tangga, menjahit tudung dan juga
melayan pelanggan dalam masa yang sama. Beliau hanya mampu tidur dua atau tiga
jam sehari, ini tidak menghalang beliau terus menjadi usahawan tudung malah
beliau dapat mendisiplinkan diri dan menghargai masa. Beliau berasa sangat
bertuah kerana mempunyai suami yang sangat memahami dan sentiasa memberi
semangat dan dorongan kepadanya untuk terus maju kehadapan bersama
Fareeda.Malah suaminya bantak member idea dalam penghasilan rekaan tudung
Fareeda.
Butik Fareeda mempunyai lebih
daripada 100 pekerja dan 300 pengedar yang Berjaya menjual hampir 2000helai tudung setiap bulan terutamanya
cawangan di Bangi, Selangor. Pelanggan sanggup beratur panjang untuk
mendapatkan tudung Fareeda kerana rekaannya terhad.Setiap keluaran tudung
fareeda adalah terhad demi menjaga kualiti tudung yang dihasilkan berkualiti
dengan penggunaan kain yang diimport dari luar negara. Dengan ini tudung
Fareeda dapat memikat hati pelanggan dan dapat bersaing dengan syarikat lain di
Malaysia.
Tudung Fareeda telah berdaftar
dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia untuk kategori pakaian. Oleh itu,
meniru atau menciplak produk dengan paten dan jenama tudung Fareeda adalah salah
dan boleh diambil tindakan undang-undang ke atas pesalah. Sebelum ini pernah
terjadi kepada tudung Fareeda dimana rekaannya
diciplak dan dijual dengan harga yang murah. Puan Faridah berazam untuk
terus berusaha mengeluarkan rekaan tudung yang lebih menarik untuk wanita
berhijab di luar sana.
No comments:
Post a Comment