Mengambil risiko
Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko
secara membabi buta, segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira.
Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan, semua
perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut
menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Usahawan ini adalah seseorang yang
sanggup mengambil risiko, sebagai contoh mencuba sesuatu yang baru, yang mana
belum pernah wujud dan seorang usahawan itu tidak tahu apa yang akan terjadi
masa akan datang samaada barang atau alat yang dicipta itu akan berjaya membawa
keutungan atau tidak pada nya. Berani dalam mengambil risiko adalah salah satu
dari ciri keusahawanan.
Hajah
faiza Bawumi Sayed Ahmad merupakan pengasas jenama Beras Faiza di bawah
Syarikat Faiza Sendirian Berhad.Beliau menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan
hampir lebih 43 tahun sebelum menjadi usahawan Beras Faiza yang Berjaya dan
terkenal di Malaysia Wanita kelahiran Mesir
ini telah berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut
suaminya, Tuan Haji Abu Bakar Ahmad. Berhijrah ke Malaysia pada usia muda dan
tidak fasih berbahasa melayu ketika beliau mula berjinak-jinak dalam dunia
perniagaan.
Beliau mempunyai diploma dalam
bidang jahitan, mula mengambil upah menjahit sulaman.Tempahan jahitan yang
selalu diterima adalah daripada jiran-jiran tertangga dan kenalan
suaminya.Melalui upah jahitan yang bernilai RM4 itulah yang membawa Hajah Faiza
menjadi seorang usahawan beras yang Berjaya. Sebelum beliau memulakan usaha
untuk menjual beras beliau telah mencuba nasib menjual rempah yang dibuat
sendiri dan di jual ke rumah jiran dan kedai runcit. Rempah tersebut diberi
nama Bunga Raya diadun daripada pelbagai jenis rempah yang dibelinya.
(http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/lagenda-rm4-faiza-bawumi.html)
Disamping itu, beliau menjual rempah beliau masih mengambil upah
menjahit.Perniagaan rempah Hajah Faiza kurang mendapat sambutan menyebabkan
beliau membuka kedai dengan menggunakan modal daripada hasil jualan rempah itu.
Dari situlah beliau mendapati
pemborong beras kebanyakan datang daripada kaum lain. Disini menunjukkan bahawa
Hajah Faiza mengambil risiko untuk mengusahakan perniagaan beras.Beliau
mengambilpeluang yang ada, lantas memulakan perniagaan beras secara
kecil-kecilan. Mempunyai kedai sendiri membuatkan beliau lebih mudah untuk
mengenali pelbagai jenis beras.Hajah Faiza tidak segan silu untuk pergi dari
kedai ke kedai untuk mendapatkan maklum balas samaada mereka mahu membeli beras
sekiranya beliau menjual beras. Respon positif yang diterima menyebabkan beliau
memohon lessen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk beras
wangi, beras basmathi dan beras siam.
Pelbagai masalah yang dihadapinya
sepanjang proses untuk membungkus beras dimana sebuah lori yang berisi beras
terpakasa diletakkan dihadapan rumahnya. Namun begitu, keazaman yang tinggi ada
pada diri beliau menyebabkan beliau bertekad membungkus beras-beras tersebut
menggunakan jenama Bunga Raya dan diedarkan di sekitar Johor Bharu.Dalam tempoh
Sembilan tahu, perniagaan beras keluaran syarikat Hajah Faiza yang ditubuhkan pada
tahun 1982 mendapat sambutan yang hebat daripada pengemar beras wangi.
Perniagaan Beras Faiza telah melebarkan sayap di sekitar Johor Bharu, Melaka
dan Kuala Lumpur. Penerimaan daripada pelanggan Syarikat Faiza secara rasminya
menjadi Syarikat Korporat dengan nama Syarikat Faiza sdn. Bhd (SFSB) pada tahun
1992.
Pada tahun 1998, beliau sekali lagi
mengambil risiko dengan mempromosi beras ponni dari India yang dipercayai baik
untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes, obesiti dan darah tinggi.
Melihat gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan tercetus idea Hajah Faiza untuk
mengeluarkan beras ponni ini. Bagi membuktikan kebaikan yang dimiliki beras
tersebut, syarikatnya telah bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM)
untuk membuat kajian dan hasilnya memang positif.Beliau telah melabur berjuta
ringgit untuk produk beras Taj Mahal dan telah meminta hak eksklusif daripada
Bernas. Kewujudan beras tersebut mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia dan menjadi
gaya permakanan rakyat Malaysia.
Syarikat
Faiza juga telah menerima pelbagai jenis pengiktirafan antaranya sijil ISO
9001:2000 oleh SIRIM pada Mac 2004, anugerah Superbrand Taj Mahal oleh
Superbrand Malaysia pada November 2003 dan menerima pengiktirafan Sijil Halal
oleh JAKIM pada tahun 2003. Malahan, syarikat ini juga telah dinobatkan sebagai
Pembekal Beras Terbaik BERNAS pada tahun 2001.Beliau juga menyatakan menjadi
usahawan yang berjaya bukan untuk wang ringgit semata-mata tetapi untuk
membantu golongan yang miskin. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Syarikat
Faiza Sdn. Bhd. amat sinonim dengan program realiti Bersamamu terbitan TV3.
Sikap berani mengambil memotivasikan beliau memulakan perniagaan dengan
menerima tempahan jahitan sehinngalah berjaya menjadi usahawan yang terkenal di
Malaysia dengan Syarikat Faiza Sdn. Bhd. atau lebih dikenali dengan Beras Faiza.
No comments:
Post a Comment