Berorientasikan hasil di sini bermaksud seseorang
usahawan yang terlibat dengan keusahawanan ini membuat sesuatu berorientasikan
hasil yang mana bermaksud targetnya adalah sesuatu yang mampu atau membuahkan
hasil. Hasil nya pula adlah hasil untuk satu jangka masa panjang berbeza dengan
usahawan yang hanya berorientasikan hasil yang hanya untuk sementara. Ianya
adalah satu proses yang seseorang usahawan lalui iaitu proses mengenal pasti
peluang yang akan memberikan hasil untuk jangka masa yang panjang.
Tokoh usahawanan yang mempunyai ciri berorientasikan
hasil ialah tokoh yang bernama Dato Mokhzani Mahathir.
Beliau merupakan anak
kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berumur 47 tahun dan beliau merupakan
Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Berhad (Kencana). Beliau juga merupakan
tokoh korporat yang disukai masyarakat malahan disegani oleh pihak dari
peringkat antarabangsa.
Kencana petroleum yang disenaraikan di Papan Utama
Bursa Malaysia telah meningkatkan pendapatan Negara malahan menjadi tarikan di
semua negara. Kencana petroleum yang diurus oleh beliau lebih daripada 25 tahun
lalu dan telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengharungi pelbagai
rintangan dan halangan dalam industri petroleum domestik di negara ini.
Kencana petroleum ini mengaut keuntungan selepas cukai
dan keuntungan yang sangat tinggi sehingga mencecah sehingga RM57.16 juta.
Kejayaan ini telah menarik pelabur asing dan akan memberi kepercayaan terhadap
Kencana Petroleum ini. Hal ini demikian kerana Dato Mohzani Mahathir telah
memberi kepercayaan yang tinggi serta mengurus dengan baik perniagaan Kencana
Petroleum ini sehingga mendapat keuntungan kepada dirinya dan juga kepada
mana-mana syarikat yang terlibat .Oleh hal demikian kerana keuntungan yang
dimiliki ini telah mendapat kepercayaan oleh pemegang saham serta beliau telah
menyakinkan para pemegang saham dari luar negara mengenai prestasi Kencana
Petroleum yang semakin meningkat ini. Beliau merupakan seorang jurutera petroleum
yang bertauliah dan beliau telah berkhidmat dengan Sarawak Shell Berhad dan
beliau bertugas di pelantar laut Miri dan Bintulu dan di situ beliau dapat
menimba serta mencurah ilmu yang beliau ada malahan beliau banyak berkongsi
kemahiran yang beliau ada kepada orang lain di sekelilingnya tanpa mengira
agama, bangsa dan sebagainya. Beliau telah mengalami krisis ekonomi dalam
memajukan Kencana Petroleum tetapi beliau dengan jiwa yang tabah telah berjumpa
dengan seorang usahawan yang bernama Chong Hin Loon dan mereka berpendapat
untuk mencari rakan kongsi dalam kalangan bumiputera bagi mengurangkan krisis
ini dan dapat bersama-sama menaikkan syarikat Kencana Petroleum ini bagi
mendapat keuntungan yang lumayan. Beliau juga banyak melabur dengan syarikat-syarikat
yang beliau fikir akan berkembang maju. Oleh sebab itu, beliau telah mendapat
keuntungan yang sangat banyak. Beliau juga merupakan salah seorang yang
tersenarai dalam orang terkaya.
Akhir sekali, pertemuan antara mereka ini telah
membawa hasil kerana Dato Mokhzani Mahathir agak mahir dalam bidang
kejuruteraan petroleum. Semenjak Dato Mokhzani Mahathir mengiatkan dalam
syarikat Kencana Petroleum dan telah berkembang maju serta telah melahirkan
ramai pekerja yang mahir dalam kejuruteraan petroleum ini. Hal ini dikatakan
sedemikian kerana beliau mempunyai aura dan aspirasi untuk dijadikan contoh
tokoh usahawanan yang berjaya di negara Malaysia. Malahan ramai anak-anak muda
yang melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang kejuruteraan ini untuk mengikuti
beliau dalam bidang ini.
No comments:
Post a Comment